Tuesday, March 3, 2009

Alya demam











malam tadi yana bawa alya g klinik dia demam.panas dia sampai 37.yana and husband bawa dia g klinik.bila doktor check alya taknak pastu doktor pujuk alya bagi lolipop.sukalah alya.doktor masukkan ubat dalam bontot.heheeh sian dia.arini macam takde mood nak g keje teringatkan anak kat umah.tak sedap hati bila nak demam ni.hati kita macam risau je.mungkin alya nak belajar sesuatu ni lepas demam kot.Alya cepat sihat k.Gambar ni masa alya tunggu giliran nak jumpa doktor..........

Sunday, February 22, 2009











malam 2/6 tepat pukul 12.00 malam.perut yana rasa sakit tiba2 yana keluarkan banyak air,Mungkin tanda2 nak bersalin.Abang bawa yana ke hospital.Sampai hospital 2 pagi dan yana di bawa masuk ke wad bersalin.doktor memberitahu yang yana dah bukak 3 cm.Doktor memberitahu yang yana boleh meneran bila yana dah bukak 9 cm.Selama yana menunggu 9 cm tu rasa sakit yang teramat sangat.Ya Allah begini ke sakit untuk menjadi seorang ibu.Tetiba yana bayangkan muka emak yana.begini agaknya yang emak yana alami semasa melahirkan yana.pukul 8 pagi yana dah buka 8 cm dan doktor membenarkan husband yana masuk.yana rasa nak meraung je nak bagitahu kat husband yang yana tak tahan untuk menahan semua ni.Tapi demi orang yang tersayang yana sanggup harungi semua ni.pukul 10pagi 3/6/08 yana selamat lahirkan baby girl yang yana namakan Alya Syazwani binti Ahmad Sabri Putra,Selepas melahirkan doktor memberitahu yang baby yana terpaksa dia masukkan ke wad kanak2 kerana baby lemas semasa dalam perut.6 hari yana dok dalam wad.

;;