Sunday, November 1, 2009
hai morning.pagi yang ceria setelah 2 hari bercuti.pagi ni bukak facebook ada permintaan dari kak ira minta tuliskan resepi ayam masak ungkep untuk tatapan kak ira.ok kak ira untuk tak mengecewakan akak yana penuhi permintaan akak k.resepi ini sebenarnya resepi orang jawa.kalu kawan2 nak cuba pun boleh sedap tau makan ayam masak ungkep ni dengan nasi panas2.
bahan-bahan ayam masak ungkep.
bawang merah 3 biji
bawang putih 2 biji
halia sebesar bawang putih 1 biji
serai 3 batang
ketumbar 1/2 peket
jintan 1/2 peket
2 sudu kecil kunyit(ikut keperluan)
bunga lawang 1 biji
kayu manis 1 biji
2 sudu makan minyak (ikut keperluan)
garam (ikut citarasa)
gula (ikut citarasa)
serbuk perasa(ikut citarasa)
air asam jawa 2 sudu makan
cara-cara
kisar semua bawang merah ,bawang putih halia,ketumbar dan jintan.Panaskan minyak tumiskan bahan kisar tadi.Kemudian titikkan serai dan masukkan kedalam bahan tumis tadi.masukkan bunga lawang dengan kayu manis.masukkan kunyit dan tumis semua bahan tadi sehingga kering sedikit.Kemudian masukkan ayam.gaulkan ayam tadi dengan bahan tumis kemudian masukkan air mengikut sukatan yang kita perlukan.jangan terlalu banyak air sebab ayam akan mengeluarkan air.lagipun resepi ini tak memerlukan banyak sangat air seeloknya biarlah kuah dia pekat sedikit.masukkan garam,gula ,serbuk perasa dan akhir sekali masukkan air asam jawa.tunggu sehingga ayam masak kemudian bolehlah dihidang.
2 comments:
oo kira tak pedas la eyh rasa dia?klu nk letak cili api blh ke??
BOLEH.CILI KERING PUN BULEH...........
Post a Comment