Wednesday, November 21, 2012

Salam.....

sejak2 ni asyik nak share tip2 bersalin je.....jangan jemu plak ye baca blog yana...Arini Yana nak share cara-cara meneran yang betull...yana pun search kat internet...tapi yana kena lah share dgn readers semua baru kita boleh kongsi ilmu sama2...


1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tue) masa tu ibu teraba-raba gak mana la keting ni.gheee…dah la tengah sakit…sib baik la doctor bgtau…hu3…
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat…..
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang bsr…..
6. baca bismilah atau ape ajer yang terlintas tu teran kuat2…..
7. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita terlupa dek menahan sakit….bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan….

Tuesday, November 20, 2012


Doa Memudahkan Bersalin

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87

 

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa
 
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.




 

Monday, November 19, 2012

lama menghilang....

salam.....setelah 2 tahun menyepi kan diri dari dunia blog ni akhirnya hari ini terbuka hati nak menulis semula...banyak yang terjadi selama 2 tahun ni....alya pun dah makin dewasa   tahun depan nak masuk sekolah dah.....tahun ni tahun paling happy buat kami satu family...tahun ni family kami akan bertambah lagi seorang...Alya akan dapat adik....rasa risau pun ada bila tarikh dah dekat ni.....hari2 menghitung hari je...ikutkan hati dah tak larat dah ni nak pergi kerja pun dah tak larat dah....tapi nak buat mcmne kalu dok umah je pun bosan kan...makin kita menunggu makin risau...baik kita sibukkan diri ...Hari tu dah scan dah insyaAllah baby B..Biarlah semuanya Yana serahkan pada takdir...asalkan semua selamat dan sihat...Persediaan baby semua dah ok dah....baju baby lah paling banyak beli excited lah bila tgk baju baby ni...suka sangat....

Monday, May 3, 2010

bermulanya

Arini bermulanya kehidupan baru aku di tempat baru...semua baru..meja baru,kawan2 baru,bos baru, serba serbi barulah..aku harini jadi seorang yang cukup pendiam...rasa mcm tak lengkap hidup aku hari ini.yelah aku ni memang terkenal dengan gelak ketawa.mulut bising.tapi harini lain .banyak yang aku cakap tanya nama siapa.umur berapa dari mana.tu je yang banyak aku tanya arini..arini nak ingat banyak nama orang.ayang aku sendiri pun tak hafal.banyak pergi training.penat rasa mata,otak ni..tapi nak buat mcmne itulah namanya lumrah kalu kerja baru.mcm tu jugak masa aku kerja tempat lama dulu.mcm budak baru masuk sekolah..jalan pun leh sesat...harap2 semua ni tak lama...kalu leh dapam masa 2 bulan aku dah bolehbuat kerja mcm biasa.mcm org lain jugak...insyaAllah...

selamat tinggal....



tajuk mcm sedih je...taklah tajuk ni buat sahabat2 baik ku kat megasteel...Untuk kak liza,botak and farra.aku sayang sangat kat korang tak mungkinku lupa korang.kenangan dengan korang 4 tahun tak pernah aku lupa...kena marah dengan bos ke suka duka kita berempat je yang faham..diaorang semua tu tak faham persahabatan kita...Untuk farra akak sedih sebab akak takde dah member2 nak luahkan perasaan.nak mengumpat ke..uuppsss..heehh...mesti farra rindukan sebab akak dah tak berdiri depan meja farra sebab nak ambik air cond...dah tak cerita pasal facebook ke pasal blog ke...semua tu dah terbatas..memanglah orang cakap kita boleh jumpa kat luar tapi tak sama macam hari2 kita jumpa kat office...apa pun akak nak minta maaf kat semua kalu selama akak berkawan ada menyinggung perasaan korang...salam sayang dari kak yana untuk semua...






Friday, April 23, 2010

salammmmmmmm

Salam......

Lama sangat rasanya aku meninggalkan dunia blog ni.sejak2 ni mcm2 yang berlaku rasa mcm tak sempat ...mood menulis pun kurang...Sekarang yana tgh sibuk urusan untuk rumah baru kami....jadi banyak nak kena buat..harap cepatlah rumah tu siap ikut jangkaan.Insyaallah tahun ni beraya, kami kat rumah baru....tapi kalu tak sempat takpelah tak payah kami kelam kabut....
Beberapa hari lagi yana akan berpindah tempat kerja baru.Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang tuhan berikan.empat tahun dah berkhidmat kat sini.bukan tak suka kerja kat sini.tapi ada sebab tertentu yang menyebabkan yana nak cari kerja lain...sayang nak tinggalkan kawan2 kat sini.warrrggghhhh sedih nye....hati ni mcm2 perasaan ada ...sedih,gembira, takut pun ada.yelah bila kita pindah tempat baru mcm2 perasaan ada.nak kenal lagi dgn kawan2 baru...nak belajar kerja baru lagi...takut plak bos baru kita tu mcmne plak...hmmmmmm pening gak fikirkan ni....
Kawan2 semua yana tetap akan ingat korang semua.susah senang kita bersama.Dari yana anak dara sampai anak yana pun dah jadi anak dara ..sedih memang lah sedih tapi nak buat mcmne lama2 kita tetap kena berpisah.takpelah kita tak jumpa kat office kat luar kita boleh jumpa.harap persahabatan kita kekal selamanya....

Thursday, January 21, 2010

Tag ni dah lama dah di tag kan kat aku tapi tak sempat2 nak buat...arini baru nak buat tag ni....walllet aku ni murah je malu nak tunjuk....dalam tu pun takde apa benda pun......kad2 biasa je kredit kad pun tak do......

tugasan yang telah diberikan kat aku....


1.Snap the picture of both inner and outer of your wallet





2.Introduce your wallet brand, price & where you buy

  • Brand - GMX
  • Price - tak ingat dah berapa tapi lepas less 70% dapat harga RM 35 (murah sajor)
  • place - Jusco Bukit Tinggi....
Dah masuk 2 tahun aku pakai.....ok lah wallet ni tak besar sangat senang aku nak bawak.....


3. Take out whatever inside your wallet.



  • kad bonuslink dah lama aku tak pakai tersimpan je dalam wallet aku.
  • kad puteri umno.hehhehe aku taklah kuat sangat berparti tapi orang yang bagi kat aku.aku ambik je lah...pakai nye pun idok.
  • ic aku lah dah kuning2 dah.....aku buat masa aku spm dulu....
  • student card masa aku belajar kat upm dulu.... simpan lagi buat kenangan.
  • kad ujian darah aku ...aku ambik darah tahun lepas.....
  • kad nikah aku.....senang kecik je nak bawak g mana2 pun senang....aku satu husband pun ada satu....
  • lesen aku lah....selalu tak perasan lesen dah expired.....mesti dah lepas seminggu expired baru perasan ...nasib baik tak kena saman....
  • CIMB card....gaji aku kat sini....
  • Maybank card aku saving kat sini....dgn selalu habis kan duit pakai maybank2 u sebab shopping online....
Tu je dalam wallet aku...tak banyak pun...memang aku tak suka wallet kembung2 ...biasa2 je...

ok cik farra aku dah siapkan tag aku...selesai..



aku pun nak tag gak lah kat orang lain....korang semua kena siapkan homework ni k....

hazad irwana
emilia
fieza
anis

;;