Wednesday, August 26, 2009

kolam mandi

macam yang entry lepas ni yana ada bagitahu pasal kolam mandi yang alya bagi tu kan.esok nya husband cuti so apa lagi dia nak rasmikan lah kolam tu.dia ajak alya mandi kolam tu.alya apa lagi suka sangat lah.yana relax lah ari tu sbb husband yang mandikan alya.sambil diaorang mandi yana bolehlah buat keje lain kan.biar ayah plak turun padang jaga baby....tengok ada bakat tak. apapun thanks izi sbb bagi present tu.






reunion




ari jumaat yana ada reunion dengan geng2 masa yana study kat upm dulu.kitaorg jumpa taklah ramai sangat just 3 org je.yana,eli dgn izi..tapi walaupun 3org tapi best sangat happening sangat.masing2 dah ada kehidupan masing2.izi sambung master sekarang.eli bakal cikgu..yana jumpa diorg kat jusco bukit tinggi.yana belanja diorg mcd.makan borak2 gelak2 macam nak pecah perut maklumlah dah dekat 2 tahun yana tak jumpa kan macam2 cerita .shopping sikit2.yanag yana plak tak sedar diri rasa diri macam ank dara plak.heheeh.takpelah yana dah minta izin dengan husband sblm g.dia ok je bagi yana g.kalu dia tak kasi yana mungkin tak pegi kot.tapi bila jumpa cerita2 teringat zaman study2 dulu.semua tu menjadi kenangan indah buat yana.yang tak mungkin hilang dalam kenangan.sblm balik yana bagi present kat izi coklat.favourate dia tu.sbb isnin tu dia nak cono.izi plak bagi yana present untuk bezday alya ari tu sbb masa bezday party tu dia tak dapat datang...izi bagi coklat and kolam mandi...seronok sangat.korang yana rindu nak jumpa korang lagi.bila kita dapat jumpa lagi kan...









dinner




haiiiii sebenarnya tak tahu nak cerita apa kali ni.yana cerita lah time yana g dinner ari tu..malam tu husband yana nak belanja makan.dia cakap nak celebrate anniversary padahal anniversary dah lama dah lepas.yelah masa anniversary ari tu kitaorg potong kek kat umah yana je.masa tu adik beradik yana buat makan2 kat umah mak yana so yana just beli kek je potong.tu pun alya yang sibuk nak potong kek tu.so disebabkan ari tu tak g celebrate kat luar so husband yana tebus balik lah.tahun lepas 1st anniversary yana buat kat umah MIL sbb masa tu yana baru habis pantang masa majlis cukur jambul alya.anniversary takde present pun just makan2 je.tak kisah lah takde present pun.ada yang lebih bermakna dai present tu.yana ada husband and anak.yanag penting yana berharap semoga perkahwinan yana kekal dan bahagia sentiasa hingga akhir hayat....







balik kampung





Ari minggu sebelum puasa yana balik kmapung husband kat batang kali ulu yam.maklumlah nenek seri nak wat kenduri arwah atuk 40 hari dan sempena nak menyambut bulan puasa...yanag just balik dengan MIL and husband .FIL kena kerja..sebenarnya terus terang yana bagitahu sebelum ni yana tak berapa biasa sangat kalu balik sana maklumlah yana jarang balik sana.jadi kemesraan tu takde sangat.tapi sejak setahun ni boleh dikatakan selalu gak balik dah ok sikit lah.boleh lah nak mesra2 dgn keluarga diaorg.yelah bila kita dah berkahwin ni kan kita kena lah pandai2 bawak diri mesra2 dgn orang.perjalanan balik sana pun makan masa dekat 2 jam gaklah.lewat malam baru kitaorg balik.dalam kul 1 pagi baru sampai umah.yana tak bermalam pun kat sana sbb FIL tinggal kat umah kan.kat sini adalah gambo yana and alya enterframe dalam kereta.












haiiii.kali ni entry yang dah lama dah tapi baru nak post kat sini.seminggu sebelum puasa tu MIL ajak yana g berkelah kat pantai.best gaklah.yana masak kueh teow goreng , sandwich.Sedap gak makan tepi pantai ni.Yang paling happy alya lah.yelah sejak dah pandai jalan ni.asyik nak berjalan je.dia sibuk mengajak kita g kat pantai tu. takpelah ayah dia ada.ayah dia lah melayan.yana malas dok je sibuk borak2 dgn MIL and makcik husband.
Petang tu angin kuat tepi pantai.ramai gak orang main layang2 .Nasib baik husband tak ikut join.mungkin dia lagi syok melayan si Alya kot... Lewat petang kitaorng baru sampai rumah.....


Sunday, August 23, 2009

assalamualaikum....
arini dah masuk hari ke 3 kita menyambut ramadhan kan.kawan2 macamne menyambut pose.masih penuh ke tak.memang seronok tapi penat sikit lah.maklumlah tahun ni si kecik tu dah berjalan.jadi dia yang sibuk nak kacau mama dia masak.tahun lepas dia masih baby lagi belum lah mengacau sangat.tahun ni puasa pertama hari cuti jadi banyaklah menu nak masak.ikut kan hati banyak nak masak.tak tahulah nape rajin sangat tahun ni.dah start keje arini terpaksalah takyah masak balik tinggal makan je...apa2 pun selamat berpuasa kepada semua.semoga puasa tahun ni lebih dirahmati

;;