Wednesday, November 21, 2012

Salam.....

sejak2 ni asyik nak share tip2 bersalin je.....jangan jemu plak ye baca blog yana...Arini Yana nak share cara-cara meneran yang betull...yana pun search kat internet...tapi yana kena lah share dgn readers semua baru kita boleh kongsi ilmu sama2...


1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tue) masa tu ibu teraba-raba gak mana la keting ni.gheee…dah la tengah sakit…sib baik la doctor bgtau…hu3…
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat…..
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang bsr…..
6. baca bismilah atau ape ajer yang terlintas tu teran kuat2…..
7. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita terlupa dek menahan sakit….bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan….

Tuesday, November 20, 2012


Doa Memudahkan Bersalin

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87

 

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa
 
“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.




 

Monday, November 19, 2012

lama menghilang....

salam.....setelah 2 tahun menyepi kan diri dari dunia blog ni akhirnya hari ini terbuka hati nak menulis semula...banyak yang terjadi selama 2 tahun ni....alya pun dah makin dewasa   tahun depan nak masuk sekolah dah.....tahun ni tahun paling happy buat kami satu family...tahun ni family kami akan bertambah lagi seorang...Alya akan dapat adik....rasa risau pun ada bila tarikh dah dekat ni.....hari2 menghitung hari je...ikutkan hati dah tak larat dah ni nak pergi kerja pun dah tak larat dah....tapi nak buat mcmne kalu dok umah je pun bosan kan...makin kita menunggu makin risau...baik kita sibukkan diri ...Hari tu dah scan dah insyaAllah baby B..Biarlah semuanya Yana serahkan pada takdir...asalkan semua selamat dan sihat...Persediaan baby semua dah ok dah....baju baby lah paling banyak beli excited lah bila tgk baju baby ni...suka sangat....

;;