Tuesday, February 24, 2009

accident




sehari selepas balik dari Langkawi yana accident.Tak tahulah mungkin yana mengantuk kot maklulah penat balik Langkawi tak hilang lagi terus g keje.Balik dari keje lagi 5 minit nak sampai umah yana Accident.Yana langgar tiang eletrik.nasib baik yana tak apa2 cuma luka2 ringan je.Kereta lah teruk.takut gak husband marah tapi dia cakap janji yana takde apa2.kereta boleh repair....yana dapat mc 4 hari.Terpaksalah g keje naik kete husband.kereta lambat siap sbb nak claim insurans....yana ada ambik gambar kereta yana.teruk gaklah........













3/11/2008 kami sekeluarga pergi bercuti ke Langkawi.Letih sangat sebab kali pergi dengan kereta.4 buah kereta.yana bertolak dari rumah kul 10 sampai sana kul 5 pagi.mungkin letih sbb Alya kecik lagi.kena dukung dia.nasib baik yana tukar2 dengan husband.seronok gak bercuti ni maklumlah yana dah lama tak pergi bercuti.yana boleh gila bila tgk coklat kat sana.macam2 jenis coklat ada.rasa macam nak beli semua.Nasib baik Alya kecik lagi kalu tak semua dia nak beli.heheheh.3 hari kat Langkawi macam tak cukup je.cantik sangat pemandangan kat sana.lepas sikit tension tempat keje.takpelah lain kali leh datang ke sini lagi.Maybe second honeymoon ke..........

member upm







Tahun ni ramai plak member2 yang datang beraya ke rumah.Maybe nak tgk baby Alya kot.seronok dah lama tak jumpa member2 upm.Rasa rindu bila teringat kenangan2 lama kat upm dulu.Tahun ni izi datang beraya kat umah.Rindunya kat izi.maklumlah dulu macam belangkas je kitaorg ni.g man2 berdua je.bila dah berpisah ni rindu plak.Lagi2 yana dah kahwin masa untuk kawan2 tu kurang sikit.lebih tumpukan perhatian untuk husband and baby.Izi datang yana masak nasi ayam.Diaorg cakap yana dah pandai masak sekarang sejak dah jadi isteri.hehheheh.........Dulu tak pandai masak tapi sekarang ni dah berubah bolehlah dikatakan pandai masak.Izi bagi yana present telekung sbb dia baru balik dari Indonesia.Izi ni mana2 dia g melancong mesti dia tak lupakan yana.Thanksss banyak2 izi. Love u so muchhhhhhh...................

open office







Sudah menjadi tradisi kami kat ofis setiap tahun selepas balik bercuti hari raya kitaorg suka buat makan2 kat opis ni.Kitaorg masaklah.Biasanya Farra lah paling banyak masak.yana tahun ni masak ayam masak merah.tahun lepas rebus ketupat.Macam2 menu ada.kuah kacang ayam rendang,ayam masak merah.kuih muih kek.memang tak larat nak habiskan.seronok gak wat macam ni leh jemput kawan2 makan sekali.harap2 dapat teruskan tradisi ni sampai bile2......

Aidilfitri 2008







Hari raya tahun adalah hari raya yang paling best sebab tahun ni tahun pertama beraya dengan Alya.macam2 nak beli untuk dia.maklumlah baby girl ni baju cantik2.Semangat betul tahun ni.Meriah sikit rumah bila Alya ada.rumah tu pun sunyi takde siapa.macam tahun sebelum ni lepas beraya belah husband baru yana balik umah yana.beraya belah yana plak.letih gaklah.maklumlah bila dah berumah tangga ni ramai saudara mara yang kita nak pegi beraya.tak cukup sebulan.heheheeh

Sunday, February 22, 2009











malam 2/6 tepat pukul 12.00 malam.perut yana rasa sakit tiba2 yana keluarkan banyak air,Mungkin tanda2 nak bersalin.Abang bawa yana ke hospital.Sampai hospital 2 pagi dan yana di bawa masuk ke wad bersalin.doktor memberitahu yang yana dah bukak 3 cm.Doktor memberitahu yang yana boleh meneran bila yana dah bukak 9 cm.Selama yana menunggu 9 cm tu rasa sakit yang teramat sangat.Ya Allah begini ke sakit untuk menjadi seorang ibu.Tetiba yana bayangkan muka emak yana.begini agaknya yang emak yana alami semasa melahirkan yana.pukul 8 pagi yana dah buka 8 cm dan doktor membenarkan husband yana masuk.yana rasa nak meraung je nak bagitahu kat husband yang yana tak tahan untuk menahan semua ni.Tapi demi orang yang tersayang yana sanggup harungi semua ni.pukul 10pagi 3/6/08 yana selamat lahirkan baby girl yang yana namakan Alya Syazwani binti Ahmad Sabri Putra,Selepas melahirkan doktor memberitahu yang baby yana terpaksa dia masukkan ke wad kanak2 kerana baby lemas semasa dalam perut.6 hari yana dok dalam wad.

husband ke Korea

Kandungan 4 bulan......Bosan arini tak tahu nak wat apa.Rasa sedih plak bila husband tak de disisi.Abang ada keje di korea.dengan keadaan yana macamne yana mengharapkan org2 yang yana sayang disisi yana.Tapi husband takde.nak wat macamne dah namanya kerja....Takpe sebulan lagi husband balik.Kalu leh yana nak jerit je abang suh balik,ehheheh.Abang baliklllaaaahhhhh.............

Pregnancy











Selepas 4 bulan berkahwin yana disahkan pregnant.Rasa happy yang teramat sangat.Agak2 baby girl ke boy erk.Abang suka baby girl sbb dalam keluarga abang semua lelaki takde adik beradik perempuan.Syukur Alhamdulilah yana mengidam taklah teruk sangat.laratlah yana g keje.kalu tak tak tahu macamne yana nak g keje.hari2 selepas solat yana berdoa Ya Allah permudahkanlah proses kehamilan ini.Dan kurniakanlah yana baby sihat dan cerdik.7 bulan pregnant yana g scan dgn husband.Ya Allah seronok tak terkata bila doktor sahkan yana mengandung baby girl.Husband lagi happy tak terkata.Yana rasa bahagia sangat sbb yana dapat membuatkan abang bahagia.....semoga ia kekal selamanya.....

Honeymoon







Selepas majlis bertandang belah lelaki.Selepas siap berkemas untuk majlis tu yana and husband berkemas untuk pergi honeymoon.kami rancang pergi dekat2 je.Maklumlah cuti pun takde.Kami pergi ke Cameron Highland.3 hari 2 malam.Kami bertolak hari rabu.Happy sangat sbb kita pergi dengan orang tersayang.Kami mengharapkan semoga perkahwinan ni akak kekal bahagia hingga akhir hayat.Suasana dekat sana seronok cuma pelancong tak ramai sangat maklumlah bukan cuti sekolah.Bila kami keluar berjalan2 mesti ada org tegur yang kami ni pengantin baru.ye lah inai penuh di jari.ehheheh.Bahagia sangat rasanya.balik dari Cameron Highland kami pergi bermalam di Hotel Sunway.sbb husband dapat present dari company.Disini yana ada letak beberapa keping gambar....

My Wedding

















Pernikahan


20/07/2007 adalah tarikh yang menyatukan antara yana and husband.tepat jam 9.30 pm yana sah menjadi isteri Ahmad Sabri putra.Setelah kami bercinta selama 9 tahun.Pelbagai halangan dan dugaan yang kami tempuhi.Alhamdulillah akhirnya tuhan satukan kami berdua.Ini gambar masa majlis pernikahan.....





















Malam Berinai


Sabtu malam ahad yana adakan majlis berinai .Yana and husband pakai songket colour coklat.Ada beberapa keping gambar...

























Persandingan

Ahad tepat pukul 2.00 petang yana bersanding.Hari ahad tu hujan lebat dari pagi sampai petang.Dalam hati ni dah risau takut tak dapat berarak plak nanti.Sambil mak andam tu make up yana berdoa dalam hati supaya hujan berhenti.nasib baiklah hujan berhenti sekejap kul 2.00 petang.Alhamdulillah sempat gak yana nak berarak.habis berarak je hujan.Mungkin Tuhan dengar doa yana.Alhamdulillah semuanya selesai.Hujan Rahmat.

















Majlis Bertandang



27/07/07 adalah majlis bertandang di rumah pihak lelaki.Masa ni memang rasa malas dah nak bersanding maklumlah dah penat mengemas ni pihak belah pempuan .Nak prepair untuk majlis pihak lelaki lagi.Memang penat bila majlis kahwin ni.Takpelah nama pun seumur hidup sekali.InsyaAllah.






























Thursday, February 19, 2009

OPENING MY BLOG

Assalamualaikum.................

Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya yana buat blog ni,sebelum ni asyik baca blog org je.Mmg dah lama nak buat blog ni cuma tak tahu je caranya.Maklumlah bukan pandai sangat pun komputer ni.Walaupun hari-hari keje mengadap komputer. Yana pun bukan pandai sangat pun nak mengarang2 ayat ni maklumlah dah lama tak buat karangan dah lama tinggalkan zaman persekolahan.Apapun harap korang semua hepy lah k.

;;