Monday, December 28, 2009

Dating............

Hari sabtu lepas balik je dari keje tgk rumah gelap je.dalam hati cakap mana semua orang ni takde orang ke kat rumah..dah lah cuaca kat luar rumah tu mendung je macam nak hujan.bila masuk rumah gelap je macam dah malam padahal baru pukul 4.30pm...masuk je bilik hmm rupanya ada mahluk kat rumah ni ingat takde orang.Husband yana tgh tido dgn syiok nya tanpa gangguan sapa2...Yana kejutkan lah dia pastu tanya mana adik takde orang ke.husband cakap entah abang pun tak tahu abang tido tadi....

yana call lah MIL tanya kat mana.Rupanya diaorang pegi shopping kat nilai 3... yana tunggu sampai kul 8 tak balik lagi.Husband pun ajak keluar.yelah bosan plak berdua je kat rumah...kitaorang pun pegilah makan MCD yelah dari balik keje memang tak makan lapar sangat...Husband yana lagilah bangun tido lagilah lapar.




lepas makan2 tu kitaorang leh g lepak2 lagi kat pantai mcm dulu2...tapi tak snap gambo pun....masing2 lupa diri anak ada kat rumah.lepas tu cepat2 lah kitaorang balik sebab dah rindu sangat kat si alya tu satu hari tak nampak....

Salam..... arini ada mood nak tulis entry......entry ni yana dah simpan lama masa cuti cristmas ari tu....yana nak ucapkan Merry Christmas kepada semua yang meraikannya.....pagi jumaat tu bangun je dari tido tetiba je terpikir nak pergi mana ye arini....husband pun kena keje ari tu.so kat rumah dengan alya and MIL lah...pastu ingat tgh sale kan sekarang ni.walaupun tgk je wallet sedih je...nipis je duit tu maklumlah hujung bulan...gaji pun tak masuk lagi...company aku ni lain tak cm company lain tak kira raya apa sekalipun takde maknanya nak bagi gaji awal kemut tul kan...

dalam kul 9.00 alya bangun yana pun dah siap semua kerja suri rumah ni..membasuh, mengemas yana tanya mak mertua nak kuar tak arini... jalan2.. mak mertua yana ni memang seorang yang kuat berjalan...dia apa lagi boleh je tak pernah menolak...hehe...kitaorg bersiap pergilah Jusco Bukit Tinggi dalam kul 10.30...

Sampai je sana apa lagi round lah mana2 nak pergi tak de sapa nak halang...kalu g dgn husband ni kang bising plak penatlah apalah.... tgklah gelagat si alya ni kalu nenek dia ada sekali happy je..sambil2 tu aku ambik gambo curi2 mak mertua aku tu.sibuk beli barang sampai tak perasan aku snap gambo dia.


dah penat berjalan g plak makan....yana ajak mak mertua makan kat foodcourt sebab dia taknak makan fastfood..yana makan mee sizzling....



dalam kul 4 baru kitaorang gerak balik.lagipun kul 5 husband sampai rumah.tadi sebelum pergi tak masak apa pun kat rumah.kang nanti husband balik kelaparan nak makan apa plak.malas nak masak bungkus jelah.....tak banyak pun barang yang aku rembat baju alya dgn hand bag jelah.maklumlah orang lum gaji.duit pun nipis je....


Baju tu untuk si alya...handbag putih tu MIL punya aku yang pilih... yang hitam ni kononnya buat aku tapi bila sampai rumah tak cantik plak mcm orang tua.so aku bagilah kat mak aku....so last2 untuk aku takde apa pun.hmmmmm satu hari habiskan masa bersama anak and MIL seronok gak....best sangat.........

Wednesday, December 23, 2009

Baby Wearing Baju Melayu / Baju Kurung Contest

Aku bercontest lagi.saje sangat bosan ku hari ini....takde entry rasanya nak tulis padahal kemalasan melanda....kali ini yana nak masuk contest alya berbaju kurung...masa ni gambo time hari raya tahun ni...baju sedondonlah dengan yana.yana siap pakaikan tudung lagi.selalu bukan main lagi menangis yana suh pakai tudung. Ni pagi raya ni elok plak dia tak nak tanggal...tapi tak nak berjalan plak nak dukung je.....hmmm.. Contest ni anjuran anak2u... korang leh join contest ni nanti tengoklah syarat2 nya kat sini k Baby Wearing Baju Melayu / Baju Kurung Contest..





Nama:Alya Syazwanie Binti Ahmad Sabri Putra
Umur:1 Tahun 6 Bulan

Lokasi:Rumah Mak pagi syawal....

Wednesday, December 16, 2009

Salam semua.... yana nak mengucapkan selamat menyambut awal muharam.semoga kita semua akan berhijrah kepada yang lebih baik.esok semua akan bercuti panjang.yana pun akak bercuti panjang....selamat bercuti semua................

.

Friday, December 4, 2009

alya stewardess

Salam.hai tajuk ni macam apa je kan.tak apa pun sangat jangan terkejut plak tgk tajuk nya.Cuma nak cita pasal si kecik alya tu.

Ahad malam ari tu yana keluar jap.Nak cari present untuk kawan yana kahwin.Cuti sekolah ni banyak betul orang kahwin.Sambil2 cari hadiah tu g lah kejap cari baju basahan alya.yelah baju basahan semua dah kecik lah.maklumlah alya ni cepat membesar....

Time yana tengah sibuk2 pilih baju tu husband bawaklah alya tu g survey tempat mainan.tetiba alya jalan sebelah yana bawak beg sekolah yang tarik tu.macam stewardess nak masuk flight tu.hehehh.yana dgn husband punya lah gelak tgk dia.muka dia selamba je.berjalan kesana sini.

Bila time nak balik tu ambik beg tu letak balik kat tempat asal.hmm punyalah dia marah menangis satu floor dengar.kesian dia.Last2 ayah dia kenalah belikan.sapa suruh bagi tadi kan dah kena beli.Macam dah nak sekolah je.Padahal lama lagi dah beli beg sekolah....




lepas tu masa untuk makan plak.tgk iklan kat tv tu properity dah kuar dah kat MCD.hmm pewot ni lapa plak.lupa plak pasal diet kejap.alah bukan selalu.tapi kalu sebulan dah 2 ke3 kali kan kira selalu gak lah kan.heheh

Kitaorang pun singgah MCD makan.jumpa member masa sekolah bagi kad kahwin.Kad kahwin lagi.cuti sekolah ni masa untuk orang dirikan masjid.


Sedap tak tgk prosperity tu.tu husband punya yana punya blm bukak lagi.uhh lapalah pewot.balik nanti boleh singgah ni.tapi malam ni nak pergi kenduri kahwin.takleh nanti makan banyak sangat plak.sob sob...

Vogue Pregnant Mummy Give Away




akum.haii arini tgk2 blog tetiba teringin plak nak masuk contest ni.arini last day lah.takpelah try je.suka2 buat meriah kan blog yana ni.tadi godek2 lah gambo lama masa peknen dulu.jumpalah gambo ni tak banyak pun gambo.tapi bolehlah kira mak buyong tak vouge sangat lah.hehhe


korang pun boleh join lagi contest ni ada masa lagi.heeh nanti clik tgk syarat2 nya kat sini cik notti


Name:Yuliyana Binti Mohd Taslim
Pregnant anak pertama.Usia kandungan 7 bulan lebih.
Masa ni husband suh ambik gambo tunjuk pewot.tapi pewot masa ni kecik lagi walaupun dah 7 bulan.balik dari kenduri kahwin singgah jap kat pantai bagan lalang.muka semua dah kembang2 dah masa ni.dah berkilo2 dah naik.Baby lahir pada 3hb 6 2008.berat 2.8kg.nama baby
Alya Syazwani.

Thursday, December 3, 2009

window shopping

Cuti hari raya aidiladha ari tu panjang sikit 3 hari.yana ni bukan ada kampung pun situ2 gaklah.mak mertua dgn mak sendiri satu kampung.jadi taklah sibuk2 nak balik kampung.orang lain balik kampung kita jalan2 shopping plak.hheh.bkn senang nak bersama keluarga ni kalu setiap hari dah keje.time macam nilah nak berjalan...Hari tu mood cik abang baik sikit dapatlah jalan2 kalu tak time cuti je nak membuta.geram tul.

malam tu kuar rumah pun dah lewat kul 8 baru keluar.ingat nak tgk midnight tapi ramailah umat malam tu.tgk cite 2012 last kul 12.30malam je ada yang lain full.ingat nak gaklah tgk tadi fikirkan si alya ni tgh2 malam kang kesian plak.last2 tak jadi....

sekarang kalu g shopping dia taknak dah dok dalam troley(betul ke eja ni) dia nak tolak
plak.mama dia pilih baju nak shopping pun dia ikut gak nak pilih.pastu hilang bawah2 baju tu.tgk je lah gelagat si kecik tu...



.
tgk budak tecik ni pilih baju macam orang besar je..jangan dah besar nanti kuat shopping plak.



tgk budak kecik ni tolak troley.




budak mata bulat ni.lepas menangis taknak dok dalam ni...


mama dgn ayah pun nak bergambo gak.hehehe asyik alya je...

Wednesday, December 2, 2009

time to study






huhuu haiii arini yana ada mood banyak bukan sikit k nak berblog.banyak gak nak tulis entry arini.banyak entry yang dah berkurun simpan.arini pun buat pertama kalinya yana ada masuk contest.saja suke2 hehhe.

yana nak share sikit dengan korang bila anak kita dah start dah nak belajar ni.apa korang rasa?....
yana rasa macam anak yana ni dah besar sangat.heheh rasa macam alya tu dah nak pergi sekolah.bila rasa macam ni patut tambah lagi satu kot.hehehe ssshhhh kena rahsia pasal tambah2 ni kang husband baca entry ni terus request nak tambahhhh maakkkkkkk aaaiiiii.takut plak ...

malam bile ye yana pun tak ingat dah.biasalah melayan kerenak alya ni.nak tulis nak tulis...he geram tau.sekarang dah pandai dah nak menconteng.kadang2 dinding rumah pun conteng pantang nampak pensil ke pen ke.kaki ke baju ke dia pun nak conteng.geram betul.korang tgk je lah gelagat si kecil ni ...

Arini nak asyik masuk contest je,best gak contest2 ni kan.kali ini masuk contest anjuran
&ita Maternity.

korang nak join contest ni tgk lah syarat2 nya k
My Cutest Baby Nice Smile




Nama:Alya Syazwani Binti Ahmad Sabri Putra
Umur:1 Tahun 6 Bulan



As a token of appreciation to my friends and customer, &ita Maternity would like to having a giveaway.I've been thinking, these are what I'm going to offer:-







Long Sleeve cardigan with your own choice of color







+










Set of 2 Combimini slip socks






To participate, you just need to do the followings :

  • Add &ita maternity banner & links to your blog lists

Create your own banner at mybannermaker.com!

  • Please attach your most cutest with smile baby photo in your blog(sekeping jek ek)
  • And lastly, email me your participation at anidanitakanapi@yahoo.com. Don't forget to leave your blog name/email.(comment box problem x tau naper, so email ek, sorry sgt..)

The contest will run for one month until
23 December 2009 . The winner will be selected based on the most cutest smile. I will announce the lucky winners on 25 December 2009.


Contest Si Manja Berkaca Mata




kali ini buat pertama kalinya yana nak masuk contest ni dalam blog yana.tadi godek2 gambo ada plak gambar alya pakai sunglass ni.tu yang masuk contest ni saje je nak cuba nasib...
contest ni anjuran UMMU MISHKAH






Nama:Alya Syazwani Binti Ahmad Sabri Putra
Umur:1 tahun 6 bulan
Location:Dalam kereta mama


alya pakai kaca mata mama tu yang besar sikit tu,senget2 tgk dia pakai.

;;